About Us

 
“Pertubuhan SASEROBA Malaysia (SASEROBA) merupakan suatu platform yang diasaskan untuk menyatukan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (“SASER”). Pertubuhan ini lahir secara rasminya pada 11 Oktober 2016  iaitu 14 tahun selepas tamatnya pembelajaran kumpulan pertama pelajar SASER. 
 
Pertubuhan ini terdiri daripada seramai 179 orang ahli berdaftar dan mempunyai sejumlah 3,200 orang ahli secara keseluruhan. Pertubuhan ini adalah di bawah pimpinan Saudara Mohammad Haafiz B Nordin, dan mempunyai ahli-ahli yang  sentiasa komited untuk memberi sumbangan dan sekaligus, menaikkan nama SASEROBA – seangkatan dengan pertubuhan pertubuhan bekas pelajar ternama lain.
 

SASEROBA menyasarkan untuk sentiasa mencapai objektif-objektif pertubuhan yang antara lainnya adalah:-

Ukhwah

Halatuju dan aktiviti-aktiviti saseroba adalah dianjurkan untuk tujuan ulung iaitu menguatkan ukhwah dan pertalian sesama ahli-ahli alumni.

Maju ke Hadapan

Aktiviti-aktiviti anjuran Saseroba adalah berpandukan kebaikan dan penambahbaikan halehwal setiap ahli-ahli.

Kolaboratif dan Kolektif

Saseroba, walaupun merupakan satu entiti – memerlukan semangat yang utuh dan kerjasama daripada ahli alumni daripada pelbagai pihak. Contoh aktiviti ialah: Sukan, Diskusi intelek, Perniagaan dll.

Berbakti Kepada Sekolah

Seperti kelab alumni lain, visi kami untuk berbakti kepada sekolah akan senantiasa dimasukkan ke dalam unjuran aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.

LOGO COLOUR

ESTABLISHED
11 October 2016

FIRST PRESIDENT
Mohammad Haafiz B Nordin

LOCATION
Negeri Sembilan, Malaysia

Saseroba is a young organization strengthened by loyal and committed old boys from Sekolah Menengah Sains Seremban. Officially born on 11 October 2016, SASEROBA is growing rapidly in its membership and  aims to be further established as a well-respected union.

Share this page