Pada 31 Januari 2018, Persatuan SASEROBA Malaysia telah mengadakan perjumpaan terakhir Santapan Legasi bersama Ahli jawatankuasa yang terlibat di Worq@Glo Damansara.
Perjumpaan tersebut diadakan untuk membincangkan secara terperinci mengenai aturan majlis, perlantikan AJK bertindak semasa majlis sedang dijalankan, bilangan peserta dan tetamu kehormat yang akan hadir, dan perincian pembayaran kepada pihak hotel.
Perjumpaan tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan kepada AJK yang telah dilantik diharap dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir dalam perjumpaan tersebut dan juga atas kerjasama yang diberikan.
Majlis Santapan Legasi ini akan diadakan pada tarikh 10 Februari 2018 (Sabtu) di Hotel Bangi-Putrajaya. Pendaftaran telah ditutup dan kepada mereka yang telah mendaftar, jumpa anda di sana.
#OurLegacy #PersaudaraanMengukirSejarah






