Alhamdulillah pasukan bola keranjang SASEROBA telah berjaya melangkah ke separuh akhir. Persiapan yang dibuat seawal bulan Mei sedang membuahkan hasil.
Pasukan bola keranjang kita adalah pemegang takhta Juara, pasukan terbaik Alumni SBP 2018. Dengan membawa semangat SASER, SASER NAMAMU TERATAS dilaungkan setiap perlawanan yang kami menangi tahun lepas.
Tahun ini, laungannya agak berbeza, kami melaungkan SASER NAMAMU TERATAS dan TAKKAN SASER HILANG TAKHTA setiap berakhirnya perlawanan.
Kami telah memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan, menduduki tangga teratas dan telah menewaskan Alumni SESMA minggu lepas.
Kini kami melangkah ke separuh akhir. Tapi berbeza dengan alumni-alumni lain, pasukan SASEROBA ini, ibarat syok sendiri. Jika dibandingkan dengan pasukan lain, puluhan penyokong berdiri bersama-sama di belakang pasukan mereka, bersorak, menyanyikan lagu sorakan alumni mereka bersama-sama.
Kami pula? Sunyi… hanya jeritan daripada pemain2 serta jurulatih sahaja yang kedengaran. Masih tiada penyokong.
16 Batch of alumnis, hampir 3000 bekas pelajar, tidak sampai 1% pun yang berminat untuk hadir menyokong pasukan alumni sendiri, bekas2 pemain bola keranjang SASER pun tidak kelihatan.
Adakah kejayaan kami tidak memberi apa-apa makna buat alumni kita?
Kami sebagai pemain-pemain, berjuang bukan untuk diri kami sahaja, tapi untuk membuktikan kepada semua, segala titik peluh Cikgu Zah U Ren diikuti Cikgu Salhalida Abd Kudus (guru pembimbing bola keranjang SASER 2004 – 2018) dan segala ajaran daripada guru2 pendidikan jasmani (Cikgu Shahrul Hazry, Cikgu Mat Nor dan lain-lain) adalah sebab utama kami sangat relevan dalam arena bola keranjang Malaysia. Kami berjuang demi nama sekolah kita, demi menebus kekecewaan HK SBP.
Dua perlawanan sahaja tinggal untuk kami dinobatkan sebagai Pasukan Bola Keranjang Terbaik Alumni tahun 2019. Namun kali ini kami kurang berkeyakinan kerana harus berdepan dengan Alumni Sains Johor (SAJOHA) dalam perlawanan Separuh Akhir dan (Sains Machang atau MCKK) pada perlawanan akhir nanti. Mereka lebih bersemangat, muda dan mendapat sokongan padu dari alumni mereka.
Jadi saya sebagai Jurulatih Pasukan Bola Keranjang SASEROBA mengharapkan, agar kalian turun padang, memberi tenaga dan keyakinan kepada pasukan kami. Supaya kita dapat melakar sejarah, supaya SASER, NAMAMU kekal TERATAS.
Semi Final SASEROBA vs SAJOHA, AHAD 6 Oktober 2019, 6 petang, Phazeground Subang Jaya.
Final SASEROBA vs Sains Machang/MCKK, Sabtu 12 Oktober 2019, 430 petang, Phazeground Subang Jaya.
Use Waze to drive to Phaze Ground, Lot Jalan TS 6/1, Subang Jaya, Selangor: https://waze.com/ul/hw281rcnw6







