Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa SASEROBA & AGM 2024

SASEROBA dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa SASEROBA & AGM 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Mac 2024 yang lalu. Kami turut berterima kasih kepada 15 orang ahli yang telah turut serta dalam memeriahkan majlis berprestij tersebut.

Majlis tersebut telah disulami dengan perbincangan yang padu, pelbagai aktiviti yang bermakna, dan juadah istimewa yang telah disediakan. Respon daripada ahli adalah sangat menggalakkan dan memberangsangkan, mencerminkan semangat kesepaduan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti SASEROBA.

Kami berharap agar lebih ramai ahli dapat menyertai dan memeriahkan program-program yang bakal dianjurkan oleh SASEROBA pada masa akan datang. Keaktifan serta sokongan daripada semua pihak adalah kunci kejayaan dalam usaha mengeratkan ikatan silaturahim dan memperkukuhkan lagi nilai-nilai yang dijunjung tinggi oleh SASEROBA.

Admin Saseroba

Author Admin Saseroba

More posts by Admin Saseroba

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share