Buat julung kalinya, Persatuan Sukan Saser (Perkaser) telah menganjurkan SASEROBA Cup iaitu kejohanan bola sepak yang diadakan pada 24/09/2016 (Sabtu) yang lalu di Padang Arena Saser. Kejohanan ini bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar sekaligus memberitahu tentang penubuhan ‘Persatuan Saseroba, Malaysia’. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara bekas-bekas pelajar dan juga pihak sekolah. Para pemain dan penyokong juga menunjukkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan yang amat tinggi.
Keputusan Akhir Saseroba Cup :-
Johan : The Knights [Batch 3]
Naib Johan : Sovereign [Batch 5] Ketiga Bersama : Ganador [Batch 10] & Valedictorian [Batch 8]
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua bekas pelajar yang telah menyertai dan memeriahkan lagi kejohanan Saseroba Cup ini.


