S : Apa perasaan cikgu apabila semua bekas pelajar berkumpul semasa Saseroba Cup pada hari sabtu yang lepas?
J : Cikgu berasa sangat bangga dan gembira kerana ramai bekas pelajar dapat mengambil bahagian dalam kejohanan Saseroba Cup yang diadakan buat julung kalinya dan dikendalikan oleh Persatuan Sukan Saser (Perkaser).
S : Apa yang cikgu harapkan daripada Saseroba untuk kebaikan pasukan sukan Saser?
J : Cikgu harapkan akan ada Old Boys Saser yang dapat memberi sumbangan tenaga ataupun wang ringgit demi meningkatkan pencapaian pasukan sukan sekolah.
S : Apa komen cikgu tentang penubuhan Saseroba?
J : Pada pandangan cikgu, penubuhan Persatuan Saseroba, Malaysia merupakan satu pencapaian yang sangat bagus kerana sudah ada sebuah organisasi yang lebih tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan alumni.
S : Pesanan cikgu buat semua bekas pelajar?
J : Pesanan cikgu ialah ahli pertubuhan ini mestilah berfikiran terbuka serta matang dan jangan ada yang tamak jawatan. Akhir sekali, bantulah sekolah dalam semua bidang sebagaimana sekolah membantu kamu dahulu.


