Seramai 149 orang pelajar Tingkatan 5 Saser yang menggelar batch mereka sebagai XIVius telah menjalani Program Mock Interview kendalian Unit Bimbingan & Kaunseling Saser yang dipantau oleh kaunselor-kaunselor Saser iaitu Cik Farahida Rofii, Pn Syazliyana dan En. Amhari. Program ini bertujuan untuk mendedahkan situasi temuduga yang sebenar kepada mereka apabila tamat sesi persekolahan kelak. Bengkel Persediaan Temuduga telah disampaikan oleh Cik Farahida Rofii pada 01/10/2016 iaitu seminggu sebelum program ini dijalankan.
Alumni Saser tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam program seperti ini demi melahirkan Generasi Saser yang mantap dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan. Seramai 10 orang bekas pelajar telah menjadi penemuduga iaitu Firdaus Salim, Mohd Haafiz Noordin, Mohd Anas Mohd Zain, Abdul Mateen Hashim, Syamil Amri, Muhammad Asyraf Sazali, Mohd Fadzrel Abu Bakar, Fauzi, Mohd Farith Pauzi dan Muhammad Fahim Hanaffi Azahan. Selain daripada mereka, terdapat juga panel penemuduga yang handal dan hebat daripada Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Negeri Sembilan, Bank Negara Malaysia, Taylor’s University Subang Jaya, Exxonmobil Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan buat para pelajar Tingkatan 5 [XIVius] yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 7 Nov 2016 lepas. Semoga kejayaan batch-batch yang terdahulu dapat menjadi pemangkin kepada mereka demi mengekalkan takhta dan kecemerlangan Saser.
