8 Jun – Seramai 25 orang bekas pelajar Saser dari kalangan Batch 7 (Raksaser) telah menyertai aktivit Futsal Ramadan Raksaser. Acara itu dijalankan di KSL Futsal Sports Centre, Setapak. Permainan futsal tersebut telah berlangsung selama 2 jam, bermula dari pukul 10.15 pm sehingga 12.15 am.

Program ini bertujuan untuk menarik minat peserta untuk bersukan dan beriadah disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim antara Batch 7. Selain itu juga, para peserta dan juga penonton yang hadir dapat bertanya khabar kepada rakan-rakan mereka yang lain setelah lama tidak bersua muka.

Alhamdulillah, program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan semua peserta dan hadirin sangat berpuas hati dengan acara tersebut.

Semoga acara ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Admin, Saseroba.org
Admin Saseroba

Author Admin Saseroba

More posts by Admin Saseroba

Leave a Reply