Saya segera bersiap untuk temu janji saya dengan Guillermo, sahabat saya yang berasal daripada Mallorca, sebuah pulau yang terletak di antara Sepanyol dan Algeria. Cahaya matahari musim luruh menyinari Mezquita yang masih menanti pelawat-pelawat yang ingin tahu mengenai sejarah Andalusia. Saya ada sedikit sejarah tidak manis dengan Mezquita ketika lawatan saya pada tahun sebelumnya. Hampir sahaja ditangkap oleh polis kerana beberapa pelajar mengerumuni saya untuk bertanya soalan-soalan mengenai sejarah Mezquita. Larangan tegas untuk pelawat Mezquita terutama bagi yang Muslim (dilihat dengan rupa paras dan cara berpakaian i.e. bertudung) adalah untuk berada di dalam kumpulan.

Saya terus berjalan melalui lorong-lorong sempit di tepi Mezquita menuju ke Jambatan Roman sambil tersenyum. Ini tahun ke empat saya melawat bumi bersejarah ini, tapi setiap kali saya berada di sini, ia seperti pengalaman baru.

Saya bertemu Guillermo di Barcelona ketika pertama kali mengembara ke Sepanyol sebagai pemandu pelancong. Ketika itu kumpulan pelajar sudah pulang ke Timur Tengah dan saya sedang menghabiskan sisa-sisa hari saya di Sepanyol dengan berjalan di Las Ramblas, tempat membeli belah dan melepak terbaik di Catalan. Ketika sedang duduk menikmati kopi berseorangan itu lah seorang lelaki berambut panjang dan berseluar kuning mustard menghampiri saya sambil memperkenalkan dirinya. Khabarnya beliau baru tiba dari Mallorca untuk sesi temuduga sebagai guru muzik tapi walletnya telah dirembat ketika berada di dalam Metro. Saya tidak terkejut kerana saya sendiri pernah melihat di hadapan mata bagaimana seorang penyeluk saku mencuri wallet seorang lelaki di dalam Metro. Beliau meminta ihsan saya untuk memberikan beberapa Euro untuk beliau membayar hostel sebelum beliau memikirkan langkah seterusnya. Our relationship started from there and the rest is history. Guillermo sekarang bekerja sebagai pengurus sebuah hotel di bandar ini telah berjanji melalui email-emailnya kepada saya untuk berjumpa di Jambatan Roman sekiranya saya berada di Cordoba. Mungkin ada kisah yang beliau ingin kongsikan.

“How are you man? I’m happy to see you again.”

“I’m fine, just still in jet lagged.”

“Since you told me last night you are free this morning, I need some help to get the groceries for the kitchen.”

“Sure no problem. That’s all I need before I can start working on the plans for the trip.”

Kami berjalan menuju sepanjang tebing Sungai Quadalqivir ke mercado, lebih kurang 2km daripada Roman Bridge.

“You know, after few months here, I try to read on this beautiful city. I saw the Mosque, the Bridge, the City and the People and I think there must be something interesting about this city”

“Spill it out man. Maybe I can tell that to the students.”

“Do you know about Ab Rahman? The irritated and jealous heir of the previous Emir who worked with Ferdinand and Isabella to conquer this City and the whole of Al Andalus?”

“Ya. I knew that guy and his stories.”

“Even with his help, it took the Christian legions 3 weeks to conquer this City. All small mosques were burned down, preachers and Moslem slaughtered and forced out from the City. He was afraid that his mother and siblings will get killed by the Christians. So he decided to run instead of fighting with the last battalion of Moslem Army, defending the city.”

“Yes, almost 10,000 Moslem were killed in this city alone and the Christian legions took all the books from the library here to Lisbon.”

“It was told by historian that he ran to the mountains while crying and regretting his decision to work with Ferdinand and Isabella. He thought it was going to make him the Emir. While running away from the burning city, he stopped at this one spot at the mountains and looked back to the city while crying. Do you know what his mother said when she looked at his son crying?”

“No.”

“Do not cry like a woman for what you could not defend like a man. I mean that’s really powerful words, Mi.”

Saya mendiamkan diri dan memikirkan apa yang diberitahu oleh Guillermo sambil melihat dari kejauhan banjaran gunung yang mengelilingi Cordoba ini. Kami terus bejalan menuju ke mercado dengan angin dingin musim luruh menyapa muka kami. Saya berdoa di dalam hati agar roh para syuhada yang mempertahankan kota ini dan kerajaan Andalusia sentiasa dirahmati dan berada di syurga Firdaus. Ameen.

Nazmi Zaini, 24 tahun adalah seorang peguam dan jurulatih debat. Beliau berkicau di @NazmiMZaini dan boleh dihubungi melalui nazmimzaini@gmail.com.
Admin Saseroba

Author Admin Saseroba

More posts by Admin Saseroba

Leave a Reply